Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.
Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.
Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi apabila kita berada pada akhir zaman. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Bagi mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu atau sesat dalam kejahilan, kitab ini dapat menjadi pembimbing dan penyelamat kita.
Itulah makna bagi Riyadus Solihin, "Taman Orang Soleh". Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman rohani yang membenihkan amal dan menyuburkan iman. Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah.
Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, "Taman Orang Soleh" sangat wajar menjadi pelengkap bagi menghiasi rumah kita. Rumah yang dihidupkan dengan bacaan quran dan disuburkan dengan budaya ilmu adalah pakej lengkap sebuah rumah tangga yang bahagia lagi dirahmati Allah.
Kitab asal dalam bahasa Arab ini diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Semoga usaha ini dapat menyebarluaskan lagi manfaat dan hikmah yang terkandung dalam kitab ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat melahirkan lebih ramai ilmuwan Islam, generasi yang berilmu serta ulul albab yang akan menjadi khalifah bagi memimpin ummah.
Ready stock. Buku ini sudah siap dicetak.
Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu dan membawa kita menjelajahi lautan ilmu yang penting. Isi kandungan kitab ini dikupas dan ditulis mengikut rujukan al-Quran dan hadis yang sahih. Pengarang kitab ini adalah ulama agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunnah Rasulullah
Beli Sekarang“Kami menggunakan khidmat kurier ekspres untuk memastikan kitab ini selamat sampai ke tangan para pembaca di seluruh Malaysia.”
“Ini adalah buku yang dicetak secara fizikal & edisi hardcover, bukannya ebook. Pegang, rasa & belek sendiri naskhah yang sarat dengan ilmu serta hikmah ini. ”
“Kami menerima bayaran secara online banking menggunakan sistem payment gateway yang selamat. Data peribadi dan maklumat perbankan anda dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi.”
Al-Quran sebagai petunjuk. Kitab agama sebagai rujukan. Riyadus Solihin adalah antara satu kitab yang perlu ada di setiap rumah, surau & masjid.
“”
“”
“”
“”
“”
“”
“”
“”
“”