Tafsir Al-Azhar 30 Juzuk (HAMKA)

Ebook

Beli Sekarang
Ebook

RUJUKAN SAHIH

Penulisnya, HAMKA adalah ulama agung nusantara yang diperakui oleh para tokoh agama tempatan & antarabangsa

MUDAH DIFAHAMI

Tulisan dalam bahasa Melayu mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara

BAHASA INDAH

Gaya bahasanya indah, dekat di hati & sesuai dengan budaya hidup masyarakat Melayu nusantara



SET LENGKAP 30 JUZUK

* Softcover & tiada kotak khas

* Saiz setiap juzuk: 6 inci x 9 inci

* Purata ketebalan setiap juzuk: 0.5 - 1 inci

* Purata muka surat bagi setiap juzuk: 300 - 400 halaman

* Anggaran ketebalan untuk satu set lengkap 30 juzuk: 20 - 21 inci

* Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu (Indonesia) dikekalkan.

* Tulisannya mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara.

APA BAGUSNYA TAFSIR AL-AZHAR INI?

Ada lima sebab utama:

1. Bahasanya mudah dan indah.

2. Tafsirannya dekat di hati.

3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.

4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.

5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.

KENAPA PERLU ADA TAFSIR AL-AZHAR DI RUMAH KITA?

1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.

2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.

4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.

CARA PENGHASILAN TAFSIR AL-AZHAR

Tafsir Al-Azhar yang ditulis oleh HAMKA dilahirkan dari penjara. HAMKA dipenjarakan oleh Presiden Pertama Republik Indonesia, Soekarno, akibat menentang dan menguak api kemarahan rakyat Indonesia terhadap pemerintahnya pada ketika itu.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

KELEBIHAN TAFSIR AL-AZHAR

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

SET LENGKAP TAFSIR EDISI PENGAJIAN

Lebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:

1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal.

2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.

SET LENGKAP 30 JUZUK (EDISI SOFTCOVER)

Ready stock. Buku ini sudah siap dicetak.



mobile tablet devices

TAFSIR AL-AZHAR (SET LENGKAP 30 JUZUK)

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Al-Azhar nukilan Buya Hamka disifatkan antara tafsir Al-Quran yang cukup sesuai untuk rujukan masyarakat Muslim Nusantara. Kandungannya yang disampaikan menggunakan gaya bahasa dan penjelasan yang mudah serta sesuai dengan konteks dan latar masyarakat Muslim di kawasan Nusantara menjadikannya sebagai salah satu tafsir Al-Quran yang cukup relevan bagi umat Islam masa kini.

Oleh sebab itu, capaian dan akses kepada tafsir Al-Quran seperti ini sangat penting bagi memudahkan masyarakat muslim Nusantara secara amnya dan di Malaysia secara khususnya, mendalami ilmu-ilmu Al-Quran sebagai wahana memperkukuhkan kefahaman Islam mereka.

Beli Sekarang



PENGHANTARAN PERCUMA SELURUH MALAYSIA

Ya. Tiada caj penghantaran dikenakan.

“Kami menggunakan khidmat kurier ekspres untuk memastikan kitab ini selamat sampai ke tangan para pembaca di seluruh Malaysia.”

HANYA RM700 SAHAJA

Khazanah ilmu tak ternilai

“RM700 sahaja untuk Semenanjung Malaysia & hanya RM750 untuk Sabah, Sarawak & Labuan.”

PEMBELIAN SECARA ONLINE

Cepat, mudah & tiada caj tambahan

“Kami menerima bayaran secara online banking menggunakan sistem payment gateway yang selamat. Data peribadi dan maklumat perbankan anda dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi.”

10 SEBAB

Kenapa Perlu Ada Tafsir Al-Azhar di Rumah Kita?



SIAPA HAMKA?

Prof. Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah



Prof. Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah

ULAMA AGUNG, BERSTATUS ENSIKLOPEDIK

Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 17 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, dan meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981. Beliau dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, tujuh lelaki dan tiga perempuan.

Nama Hamka bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah di Malaysia, Singapura, Brunei, dan beberapa negara Arab. Beliau diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang yang dihormati. Buya Hamka terkenal sebagai seorang sasterawan, pendakwah, ulama, dan aktivis politik. Hamka digelar Ulamak Ensiklopedik kerana menguasai pelbagai bidang ilmu dengan cemerlang.


ILMUWAN & TOKOH ULAMA

Buya Hamka mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Maninjau sehingga darjah dua. Kemudian menyambung pelajaran di Thawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri di Padang Panjang. Di situ Buya Hamka belajar agama dan bahasa Arab.

Buya Hamka pernah menjadi guru agama pada tahun 1927 di sekolah Agama Perkebunan Tebing Tinggi, Medan kemudian berpindah ke Padang Panjang pada tahun 1929. Buya Hamka pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam, Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga 1958. Kemudian beliau dilantik sebagai rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta.

Dari tahun 1951 hingga 1960, beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama Indonesia kemudiannya meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Selain itu Buya Hamka juga pernah memegang jawatan Pegawai Agama di Kementerian Agama, kemudian terlibat dengan gerakan Muhammadiyah dan Masyumi serta menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI). Buya Hamka juga sering diundang berceramah di radio dan TV Indonesia.

Sebagai ulama Minangkabau, Buya Hamka digelar “Tuanku Syaikh”, berarti ulama besar. Sebagai pejuang kemerdekaan, Buya Hamka mendapat gelaran “Pangeran Wiroguno” daripada Pemerintah Indonesia. Sebagai ilmuan Islam, Buya Hamka mendapat gelaran “Ustadzyyah Fakhryyah” (Doctor Honoris Causa) dari Universitas Al-Azhar, Mesir, pada 1959. Buya Hamka juga dianugerahkan Prof Doktor Hamka dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974.

Buya Hamka pernah ditahan selama dua tahun empat bulan disebabkan perbezaan fahaman politik dengan Presiden Suekarno. Buya Hamka pernah menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi kemudiannya meletak jawatan kerana di paksa menarik semula fatwa MUI yang menfatwakan haram hukumnya umat Islam merayakan hari natal.

“Tafsir Al-Azhar 30 Juzuk (HAMKA)”